Ahad, 15 Februari 2009

Jalan2 Kotaraya

Hari ni hari cuti, , tak tau nak buat apa, aku gi umah abg aku ptg tu, aku tgk kak ipar aku dan anak2 buah x de dah balik kg, tiba sana apa lagi aku bukak laptop abang aku, layari internet guna line wifi free, tapi masalahnya nak taip laptop tu kena letak atas kotak baru detect line wifi tu, jenuh juge le nak naip hehehe,...ate udah sampai malam layari internet mata udah x larat apa lagi tido aje la kat umah abg aku,

Laptop terpaksa letak atas kotak tepi tingkap flat utk mendapat line wifi free yg menyelerakan hehehe

pagi ahad aku bagun dari tido , tido kat umah abang aku mlm td , tak tau nak gi mana ari ni, last2 abang aku ajak aku pergi pasar karat kat petaling street nak beli hanphone secondhand kot, pagi tu bersiap la pergi ke pasar karat dlm pukul 8.30 pagi, ramai juga org beli barang2 lusuh tu, masa nak balik dar pasar karat tu tayar motor abg aku masalah la, pecah dalam tiub, bila bawak motor goyang2 motor , terpaksa la pergi ke sentul tukar tayar baru, lepas tukar tu abg aku tanya nak makan tak??? aku ckp boleh juga??? kat mana?? dia ckp pergi kedai nasik kandar yg paling sedap di malaysia... aku cakap ye ke??kat mana moh pergi ....apa lagi bertolak la pergi hehehe akhirnya dlm kul 10 pagi sampai juga kedai nasik kandar,

ini le rope kedai nasi kandar buruk je tapi no 1 di Malaysia jgn memain heheheh

nama kedai tu Restoran Kudu Bin Abdul Penang nasi Kandar, abg aku ckp kedai ni kedai nasik kandar paling sedap di malaysia , dah bnyk org buat kajian kedai ni la no 1 di Malaysia nasi kandar sedap, tu aku tanya, lain macam je kedai ni buruk je, org pun x ramai, itu abg aku cakap itu le kamu, kamu tak tgk tgh hari kalau hari jumaat beratur sampai ke jalan org nunggu nasik kandar ni, maklum la aku pergi pun time ari cuti, jalan pun lengang, kin time tu nasib bail org x ramai ada le 3-4 org pelanggan di situ,

bila aku tgk keratan akhbar2 yg di letakkan di kedai tu, mmg betul kedai ni dah banyak kali massuk dalam suratkhabar, kiranya famous le satu malaya, keratan akhbar tu membuktikan kedai ni mmg paling sedap nasik kandar di malaysia, aku cadangkan le mana2 wakil2 dari TBO ( Telok Bakong Online) dari web www.telokbakong.com yg nak bersidang makan kat kelumpo cuba restoran ni pulak, ni asyik2 makan bercike kat Restoran Insaf je, idak ke deme jemu heheheh,



ini ropenya dalam kedai nasi kandar



nasi kandar yang pasti menyelerakan sesiapa saja

aku pun order le makanan, nasi putih lauk daging, lepas tu lauk ayam ayor melo ais, abg aku lauk udang kot x perasan lak, maka lepas order bermulala aktiviti yg aku paling berkenan iaitu berchike atau makan, pehhh memang sedap atau nyakorrrr kate org perak...memang sedap bebenor nasik kandar tu sampaikan aku terpaksa order nasik tambah heheh, ate sedap, kene lak ngn papdem pehhhhh sedap sehingga licin nasik, lepas kenyang abg aku bayar semuanya x sampai RM 18 je , kira ok le harga tu, kin di masa akan datang aku nak makan sini lagi , memang sedap, sehinggakan P.Ramlee pun pernah makan di kedai ni , pasal bnyk gambar2 dia di tampalkan kat belakang tu bersama artikel dan berita,


lepas tu di KL ada lak race basikal le Tour de langkawi, (LTDL) , sebelum tu aku dah balik rumah dan nak ambik kamera , abg aku pun nak pergi tgk,, kitaorg pergi asing2 abg aku pergi dulu dan aku pergi kemudian, apa lagi race tu start pukul 3.30ptg aku tgk jumlah penonton tak la semeriah mcm LTDL mcm tahun2 lepas, lagipun tahun ni tak meriah le, promosi pun kurang jadual race pun pendek dah banyak negeri2 dah tak lalu dah, x pela layan juga la race basikal yg antara yg terhebat di Asia ni, , ape lagi koje aku nangkap gambo le saje hobi suka2, aku tgk race ni sampai le habis, ptg tu lepas abis perlumbaan aku pun chow balik kerumah berehat le, begitula catatan seharian aku, malam ni tido awal besok bekerja yahoooo..... x de boring aku kat opis besok...ok jumpa lagi salam...hehehe



gambar2 yang sempat aku tangkap masa LTDL 2009

nagabersembor

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nagabersembor,
Kamu ni sape namenya yob?