Isnin, 8 Disember 2008

Hari Raya Korban Di Telok Bakong






alhamdulilah...pada 6 Disember teman dapat juga pulang ke kampung utk menyambut hari Raya Koban tahun ni, maklumla dah 4 tahun tak balik kampung bila time hari raya Korban, selalunya time raya korban di kampung teman idak le meriah sgt berbanding di negeri2 pantai timur sana tu,
Pada 8 Disember, Pada hari Raya korban ni teman berkempatan le pergi ke Pdang koba nak nengok upacara korban haiwan ternakan di situ, Boleh dikatakan Ramai juga yang hadir pada majlis tu menyaksikan nya,

Di kesempatan itu teman jumpe juga member2 lama yg udah lame tak jumpe, ate ape lagi berlabun le yang bertanye kabo, ade juge member sebaye aye yg baru semalam kawin pun datang juge ke padang koba menyaksikan ibadah korban di situ..

Teman tengok golongan tua dan muda saling bantu membantu dlm menjayakan ibadah korban semalam, paling teman kagum golongan muda2 banyak yang membantu dan kerjasama antara penduduk memang baik sekali , bisala hidup bermasyarakat di kampung yg tercinta ini,

selamat hari Raya Aidilahdha utk semua

Khamis, 8 Mei 2008

Mengenai Kampung Telok Bakong





Telok Bakung terletak di daerah Parit kira-kira 50 kilometer barat daya dari Ipoh. Telok Bakung merupakan tempat bersejarah dalam negeri Perak kerana sultan yang pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah, telah ditabalkan di Tanah Abang, Teluk Bakung. Ia merupakan pusat pemerintahan negeri yang pertama. Upacara ini berlaku dalam tahun 1528 dan disaksikan oleh ramai penduduk Perak. Tun Saban dan Tun Temong, dua orang pembesar yang mempunyai kawasan pemerintahan masing-masing di Perak telah menghadap baginda dengan membawa pelbagai jenis persembahan termasuk gajah. Hadiah-hadiah itu adalah pemberian rakyat di Hulu Perak dan Temong.


Tun Temong juga telah menghadiahkan tangkal azimat yang diberi nama “Geliga Embun” yang hingga kini masih menjadi alat kebesaran negeri Perak. Untuk membawa Geliga Embun ini, Tun Temong telah diiringi oleh 77 ekor gajah dari Hulu Perak. Sultan Muzaffar Shah memerintah Perak selama 21 tahun. Baginda mangkat pada tahun 1549 dan dimakamkan di Tanah Abang dan kemudian dikenali sebagai “Marhum Tanah Abang”. Daripada keturunan Sultan Muzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan sultan negeri Perak hingga sekarang.


Tanah Abang adalah satu penempatan di Perak yang berbentuk teluk atau selekoh. Di tepian (tebing} nya terdapat makam Sultan Perak pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah.

Terdapat sebuah pulau yang agak besar bertentangan dengan Tanah Abang. Pada satu masa dulu sebelum terbina nya Hospital Changkat Melintang, kawasan berteluk yang juga membentuk selat ini diperairannya dipenuhi dengan sejenis ikan yang dipanggil ikan "Ikan Lomea". Airnya pada masa dulu berwarna kemerahan dan terdapat satu bungkah batu diperairan nya dan penduduk setempat mempercayai batu tersebut adalah gajah dan anaknya yang telah disumpah olih sang kelembai. Pada masa kini ikan Lomea ini telah tidak ujud lagi di Selat ini, mungkin disebabkan oleh limpahan air dari Hospital Changkat Melintang tidak sesuai bagi kehidupan ikan ini. Selat yang terbentuk memanjang dari Kampung Air Mati, Padang Changkat sehingga ke Pekan Teluk Bakong.




Sumber :

(a) Kesan sejarah dan tempat-tempat menarik : negeri Perak DArul Ridzuan, Mohamed Roselan Abdul Malek M 959.5114 MRA
(b) Perak Darul Ridzuan Roselan Abd. Malek M 959.5114 ROS




Rabu, 7 Mei 2008

SEJARAH SEKOLAH TELOK BAKONG





Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907, bermula sebagai Sekolah Melayu Telok Bakong. Sekolah ini telah dibuka di Kampung Paloh. Muridnya ada seramai 37 orang, yang terdiri daripada lelaki sahaja. Guru Besarnya ialah En. Mohd Maarof Bin Longgok. Beliau bertugas sehingga 13 Januari 1923.

Diatas inisiatif daripada Maharaja Dewa Uda Ibrahim, sekolah ini telah dirobohkan dan digantikan pula dengan sebuah bangunan yang baru diperbuat daripada batang pinang dan beratap nipah. Kemudian pihak pemerintah telah membina sebuah bangunan baru yang terletak di Telok Bakong. Murid-muridnya adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan. Antara Guru Besar yang pernah bertugas disekolah ini ialah En. Mohd Tawi B. Hj. Abas (13 Januari 1923 hingga 13 November 1942) dan En. Abdullah Sham (14 November 1942 hingga 1 Febuari 1943).

Sekolah Melayu Telok Bakong kemudiannya telah di asingkan menjadi dua buah sekolah lelaki dan perempuan.
Guru besar sekolah lelaki ialah En. Mohd Wahid B. Othman (3 Febuari 1943 hingga 8 Januari 1950), En. Mohd Yunus B. Ibrahim (9 Januari 1950 hingga 11 Januari 1951), dan Tn. Hj. Yp. Shahidan. B. Pjg Kolah (12 Januari 1951 hingga 1 Januari 1954). Guru Besar sekolah perempuan ialah Pn. Chah Bt. Alang Mat (2 Januari 1949 hingga 15 April 1960) dan Pn. Sh. Noriah Bt. Syed Ahmad (18 Mei 1960 hingga 28 Januari 1962).

1953 - SRJK Inggeris telah ditubuhkan dan menumpang buat sementara di bangunan sekolah melayu.
1954 - Bangunan sementara SRJK(I) telah didirikan.
1970 - Bangunan tambahan SRJK(I) telah didirikan dan telah menjadi bangunan utama SK Telok Bakong sekarang.
1976 - SRJK (I) telah ditutup bangunan tersebut telah menjadi sebagai sekolah cawangan SMDARY, Bota kanan. Guru Besarnya ialah En. Mohd Nuruddin B. Putih Musit.
1978 - Pada 11 Januari 1978, bangunan SRJK (I) telah diambil alih oleh SK Telok Bakong dengan sepenuhnya. Manakala SM telah ditutup dan murid-muridnya berpindah ke SMSMS 1 Lambor Kanan.
Guru-guru Besar SK Telok Bakong selepas itu ialah:
Tn. Hj. Mohd Nor B. Pjg Aris 1 Januari 1954 hingga 10 Ogos 1962
Tn. Hj. Ahmad B. Ngah Munak 1 November 1962 hingga 8 Julai 1967
En. Mohd Zan B. Alang Sahi 1 March 1967 hingga 1 Mei 1969
Tn. Hj. Ismail B. Yp. Mohd Tamin 2 Mei 1969 hingga 22 Januari 1980
Tn. Hj. Termizi B. Ahmad Damanhuri 15 April 1980 hingga 1 Mac 1981
Tn. Hj. Hamzah B. Mat Asi 2 Mac 1981 hingga 1 April 1982
Tn. Hj. Mohd Daud B. Hj. A. Aziz 1 Mei 1982 hingga 2 November 1987

Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

sumber : http://sktbakong.tripod.com

Selasa, 6 Mei 2008

Telok Bakong Perak




Video slide show keindahan kampung Telok Bakong

Isnin, 7 April 2008