Ahad, 15 Mac 2009

Evolusi Kl drift

Semalam jalan sekitar depan bagunan Sultan Abdul samad di tutup , deruman bunyi enjin kereta memecah kesunyian di hadapan bagunan bersejarah itu... kesempatan cuti semalam dapat jugak tgk kereta2 yg power2 drift ....

Aku dapat tau ada drift ni pun masa kat rumah orang kawin sedara aku semalam, abang aku bagitau ada drift kat kl, apa lagi lepas pergi kenduri terus je menuju ke dataran merdeka, nasib baik aku sentiasa bawak digital camera sempat juga tangkap gambor kereta2 di sana selepas nangkap gambor org kawin tadi ....

memang layan semalam tgk Drift kereta kat dataran merdeka, kereta-kereta kegemaran aku pun ada semalam spt Evo 10 , Nissan skyline, Nissan Silvia , Toyota Ae86 dan lain-lain model ada di sana semalam di samping ada juga pameran kereta2 di situ juga,

memang profesional betul diaorg Drift.... layannnnn

Bile le nak beli silvia ni pun heheheh


yeaahhh drift...jangan tak drift.....






Sabtu, 7 Mac 2009

Ke Bukit Tinggi





Pada 7 march 2009 sempena hari jadi aku , x de kemana nak pergi merayap le berjalan-jalan ke negeri Pahang Darul Makmur iaitu Bukit Tinggi, First time pergi ok gak tempat mcm ala2 perancis dan Jepun heheheh, sape yg x ponah pergi ke France atau jepun nak merasai suasane datang le sini, hehehhe

aku pergi dgn abang dan 2 org anak buah aku, aku pergi sane pun pasai jadi tukang nangkap gambor utk anak2 buah aku, ate memang terloncat kinje le seronok budak2 pergi sane , ape2 pun memang best gi ssane kalau nak jalan2 le

Ahad, 15 Februari 2009

Jalan2 Kotaraya

Hari ni hari cuti, , tak tau nak buat apa, aku gi umah abg aku ptg tu, aku tgk kak ipar aku dan anak2 buah x de dah balik kg, tiba sana apa lagi aku bukak laptop abang aku, layari internet guna line wifi free, tapi masalahnya nak taip laptop tu kena letak atas kotak baru detect line wifi tu, jenuh juge le nak naip hehehe,...ate udah sampai malam layari internet mata udah x larat apa lagi tido aje la kat umah abg aku,

Laptop terpaksa letak atas kotak tepi tingkap flat utk mendapat line wifi free yg menyelerakan hehehe

pagi ahad aku bagun dari tido , tido kat umah abang aku mlm td , tak tau nak gi mana ari ni, last2 abang aku ajak aku pergi pasar karat kat petaling street nak beli hanphone secondhand kot, pagi tu bersiap la pergi ke pasar karat dlm pukul 8.30 pagi, ramai juga org beli barang2 lusuh tu, masa nak balik dar pasar karat tu tayar motor abg aku masalah la, pecah dalam tiub, bila bawak motor goyang2 motor , terpaksa la pergi ke sentul tukar tayar baru, lepas tukar tu abg aku tanya nak makan tak??? aku ckp boleh juga??? kat mana?? dia ckp pergi kedai nasik kandar yg paling sedap di malaysia... aku cakap ye ke??kat mana moh pergi ....apa lagi bertolak la pergi hehehe akhirnya dlm kul 10 pagi sampai juga kedai nasik kandar,

ini le rope kedai nasi kandar buruk je tapi no 1 di Malaysia jgn memain heheheh

nama kedai tu Restoran Kudu Bin Abdul Penang nasi Kandar, abg aku ckp kedai ni kedai nasik kandar paling sedap di malaysia , dah bnyk org buat kajian kedai ni la no 1 di Malaysia nasi kandar sedap, tu aku tanya, lain macam je kedai ni buruk je, org pun x ramai, itu abg aku cakap itu le kamu, kamu tak tgk tgh hari kalau hari jumaat beratur sampai ke jalan org nunggu nasik kandar ni, maklum la aku pergi pun time ari cuti, jalan pun lengang, kin time tu nasib bail org x ramai ada le 3-4 org pelanggan di situ,

bila aku tgk keratan akhbar2 yg di letakkan di kedai tu, mmg betul kedai ni dah banyak kali massuk dalam suratkhabar, kiranya famous le satu malaya, keratan akhbar tu membuktikan kedai ni mmg paling sedap nasik kandar di malaysia, aku cadangkan le mana2 wakil2 dari TBO ( Telok Bakong Online) dari web www.telokbakong.com yg nak bersidang makan kat kelumpo cuba restoran ni pulak, ni asyik2 makan bercike kat Restoran Insaf je, idak ke deme jemu heheheh,



ini ropenya dalam kedai nasi kandar



nasi kandar yang pasti menyelerakan sesiapa saja

aku pun order le makanan, nasi putih lauk daging, lepas tu lauk ayam ayor melo ais, abg aku lauk udang kot x perasan lak, maka lepas order bermulala aktiviti yg aku paling berkenan iaitu berchike atau makan, pehhh memang sedap atau nyakorrrr kate org perak...memang sedap bebenor nasik kandar tu sampaikan aku terpaksa order nasik tambah heheh, ate sedap, kene lak ngn papdem pehhhhh sedap sehingga licin nasik, lepas kenyang abg aku bayar semuanya x sampai RM 18 je , kira ok le harga tu, kin di masa akan datang aku nak makan sini lagi , memang sedap, sehinggakan P.Ramlee pun pernah makan di kedai ni , pasal bnyk gambar2 dia di tampalkan kat belakang tu bersama artikel dan berita,


lepas tu di KL ada lak race basikal le Tour de langkawi, (LTDL) , sebelum tu aku dah balik rumah dan nak ambik kamera , abg aku pun nak pergi tgk,, kitaorg pergi asing2 abg aku pergi dulu dan aku pergi kemudian, apa lagi race tu start pukul 3.30ptg aku tgk jumlah penonton tak la semeriah mcm LTDL mcm tahun2 lepas, lagipun tahun ni tak meriah le, promosi pun kurang jadual race pun pendek dah banyak negeri2 dah tak lalu dah, x pela layan juga la race basikal yg antara yg terhebat di Asia ni, , ape lagi koje aku nangkap gambo le saje hobi suka2, aku tgk race ni sampai le habis, ptg tu lepas abis perlumbaan aku pun chow balik kerumah berehat le, begitula catatan seharian aku, malam ni tido awal besok bekerja yahoooo..... x de boring aku kat opis besok...ok jumpa lagi salam...hehehe



gambar2 yang sempat aku tangkap masa LTDL 2009

nagabersembor

Khamis, 8 Januari 2009

Ape citer kome....

salam semua...pekabo ,dah lama betul aku tak update blog...aku ni pun bukan le kaki blog pun tu jarang bebenor nak update nyer , lagipun aku kalau bab2 penulisan ni bukanyer pandai sgt masa sekolah kalau ada ujian penulisan tu dapat lulus2 cukup makan jer hehehe...tgh saje2 lepak2 menung2 depan pc ni tak tau nak citer pasai pe, bile aku tengok hanphone berlambak atas meja tu rasa rimas lak

heheheh...ni la koleksi2 handphone aku, dari yg lama sampai yg terkini, bukan pe saje je berkongsi citer pasai handphone, ketiga-tiga model jenis berlainan software nya atau OS dia le hehheh, paling lama tu model O2 xda11s , aku beli pada tahun 2005 secondhand tu, aku beli model tu pun pasal nak merasai teknologi wifi yg ketika tu masih agak baru , selain tu aku nak berubah angin nak pakai perisian windows mobile , perisian dia windows mobile 2003 second edition , aku kalau benda2 yg ada kaitan ngn komputer2 ni mmg minat bebenor, wlpn dah nak dekat 4 tahun pakai setakat ni model tu x de le problem sgt, aku suka model ni pasal skrin dia besar, mudah nak layari internet, lagi satu dia ada keypad , x yah le nak naik asyik tekan2 pen je kat skrin tu, kadang2 lenguh juge tangan, kin x lama lagi aku x pakai dah pda model ni lagi bukan pe makin susah nak bawak kemana-mana, dah la besar gabok , berat nak letak dlm poket pun payah, tu pasal aku sentiasa bawak beg kemana-mana nak letak menatang ni le, kalau aku x pakai pun, aku tak jual pun simpan buat khazanah klasik heheheh, nak juai x de value hp tu skrg kan dah bnyk canggih2,


handphone kedua lak aku iaitu model P990i, aku beli dlm tahun 2007 ,aku beli model tu pakai aku minat hanphone berciri-cirikan PDA ni, lagi satu wifi dia laju kalau nak layari internet memamng laju wifi tu, kalau kau pergi mana2 ke , kat lowyatt plaza ke , aku selalu lepak kt depan pintu plaza tu, pasai situ ada line wifi free, heheh apa lagi layari internet le, model p990i ni pun aku suka gak pasai kamera dia ok auto fokus, nak record video pun cun jugak, lagi satu ada business card scanner, kalau ada org bagi business card , kita scan je automatik semua2 data2 pasal nama, alamat , no telefon dan lain2 aku di masukkan secara automatik dalam data phone book tu, tu yg canggih tu, mmg puas hati al pakai model ni, lagi satu model ni aku buat modem utk layari internet dlm celcom RM 6 sehari tu heheheh, tapi kadang2 menghampakan juga le bila connect internet ke pc hehehe...paham2 aje la disconet je,


model ke-3 lak iaitu model C702, aku beli dlm thn 2008, aku saja nak cari satu model hanphone yg mempunyai kelajuan internet 3.5G HSDPA, berbeza dgn model P990i aku tu kelajuan dia 3G saje,tujuan aku beli handphone HSDPA ni ialah aku nak buat modem utk connect ke PC, sebab aku ni kalau hari cuti kadang2 aku top up internet celcom Broadband yang pakej 24 jam tu RM6 sehari, lagi satu kalau aku tak pakai connect ke pc , aku boleh layari internet di mana2 kat luar asalkan dapat line HSDPA ok, alhamdulilah kat umah aku line 3.5G dapat detect, mmg laju kalau aku download lagu2 mp3 ke dari inernet jika aku guna melalui handphone ni, aku gunakan sebagai modem alhamdulilah arsa laju lak internet bila aku connect ke pc, setakat nak download lagu2, tgk youtube, website2 ok x de masalah, cuma masalah kadang2 nak check email kadang2 x leh, yahoo mesenger pun tak selancar yg di harap, agaknya ini le kelemahan yg ada jika menggunakan phone sbgi modem, tapi aku x kisah bukannya nak chatting atau tgk email sgt, aku kalau nak check email, chating, download movie2 aku buat kat opis aku je, gunala sampai lebam laju pun mmg laju, lagi satu model c702 ni mmg tahan lasak , aku tgk kat youtube siap diaorg buat demo lagi, rendam dlm air le, hentak ke dinding le, letak kat luar di hari hujan le, paling best model ni ada GPS , mmm memang syok ada gps ni leh kesan kita di mana, kalau kita tak tau tempat mana nak pergi dia akan tunjuk guna software wayfinder nagivator , lagi satu boleh kesan kelajuan kita lagi dlm Km sejam , mmg model ni utk org yg lasak mcm aku ni sesuai le hehehe...


itula kisah nyer pasal hanphone hehehhe sekian